‘Patutlah SANGGUP Bunuh Mak Bapak & Adik Sendiri. Rupanya Dia Ni Anak ........

‘Patutlah SANGGUP Bunuh Mak Bapak & Adik Sendiri. Rupanya Dia Ni Anak Angkat ’
Melaka: Noorhaslinda Diyana Hassan, 26, seorang daripada mangsa yang cedera dalam kejadian bunuh tiga sekeluarga termasuk ibu bapa dan adik lelakinya di Kampung Bertam Malim di sini, awal pagi tadi, sedang dalam persediaan untuk berkhidmat di sebuah hospital di Arab Saudi.
Ibu saudara mangsa, Mariani Baharin, 53, berkata Noorhaslinda Diyana, jururawat bilik pembedahan sebuah hospital swasta di Bandar Hilir di sini, berhasrat bekerja di Arab Saudi untuk membantu keluarga dan menimba pengalaman di negara itu.
Dalam kejadian pagi tadi, kakaknya, Maria Baharin, 62; abang iparnya Hassan Wahab, 70, dan anak saudaranya, Mohammad Taufeq, 22, terbunuh.
“Linda (Noorhaslinda Diyana) sedang buat persiapan ke Arab Saudi. Visa ke sana masih dalam proses dan dia dijangka berlepas Oktober ini," katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi hari ini, seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai anak angkat Maria, turut mencederakan adik Noorhaslinda Diyana iaitu Nur Aqiedah Aeina, 24, dan neneknya Siti Khatijah Mohamed, 79. Suspek ditahan Polis Melaka di Masjid Bukit Rambai di sini kira-kira 11 pagi. Mohammad Taufeq yang mati adalah adik Noorhaslinda Diyana.
Mariani, seorang suri rumah berkata, mereka amat terkejut apabila diberitahu kejadian itu dilakukan seorang lelaki yang dijaga kakaknya, Maria, sejak kecil.
Beliau dan keluarga yang tinggal di Keramat, Kuala Lumpur, menerima panggilan telefon daripada abangnya yang tinggal di Sabah memberitahu kejadian itu kira-kira 7.30 pagi tadi lalu bergegas ke Hospital Melaka.
Sementara itu, sepupu mangsa, Lina Arina Mohamad A'fifi, 26, berkata suspek yang tinggal di rumah keluarga berkenaan disifatkan sebagai seorang yang murung dan sering menyendiri.
Menurutnya, suspek yang pernah ditempatkan di Sekolah Henry Gurney di sini, sering bertukar pekerjaan.
"Kami tahu dia ambil dadah sebab pernah terbau walaupun tidak pernah melihatnya. Dia juga boleh duduk berjam-jam dalam tandas," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, lelaki itu tidak pernah bertindak agresif atau mencederakan anggota keluarga sebelum ini.
Lina Ainaa Mohamad A'fifi, 21, sepupu Noorhaslinda Diyana, berkata adik mangsa, Mohammad Taufeq yang maut dalam kejadian itu adalah pelajar jurusan perniagaan Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah dan sedang bercuti semester.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close