“Cium Abi Sebelum Tidur” Syed Azmi DEDAH Dakwaan CABUL Pelajar Tahfiz Yang Sangat MEMERANJATKAN....MashaAllah

“Cium Abi Sebelum Tidur” Syed Azmi DEDAH Dakwaan CABUL Pelajar Tahfiz !!! | KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Syed Azmi mendedahkan butiran dakwaan pencabulan seks luar tabii yang berlaku di sebuah sekolah tahfiz, melalui kiriman Facebook pada Rabu.
gdfg
Pendedahan tersebut menyenaraikan beberapa insiden cabul yang berlaku ke atas sesetengah pelajar di sekolah itu.
Syed Azmi mendakwa pendedahan tersebut dilakukan selepas menerima aduan dan melihat dokumen yang dihantar oleh pengadu.
Semuanya bermula apabila salah seorang pelajar berusia 9 tahun memberitahu ustaz gantian bahawa dia membenci sekolah tersebut kerana dicabul kehormatan.
“Dua minggu kemudian, tiga orang budak lari dari sekolah. Salah seorang mengadu kepada ibu bapa, ibu bapa ini memberitahu ibu bapa lain. Bermula dari sini, kisah ini terungkai,” jelas Syed Azmi dalam kirimannya.
Berikut antara insiden cabul yang didakwa berlaku:
1- Pelajar diminta mencium mulut ‘Abi’ atau guru di hadapan semua penghuni asrama, setiap malam sebelum tidur.
2- Pelajar turut diraba dan andai melawan, akan dibalas dengan sindiran seperti: “Awak disisihkan ibu bapa, sebab itulah awak dihantar ke sini. Awak ini nakal.”
3- Pelajar memberi dan menerima seks oral.
4- Pelajar diminta merahsiakan pencabulan yang berlaku.
Respon ibu bapa
Syed Azmi turut berkongsi hasil temuramahnya bersama beberapa ibu bapa murid yang terlibat dalam pencabulan seksual tersebut.
Menurutnya, bukan mudah untuk ibu bapa membuat laporan kepada pihak berkuasa sekali pun anak mereka mengadu dicabul atas beberapa alasan.
Sesetengah ibu bapa memaafkan guru yang terlibat kerana individu itu berkeperibadian baik yang beragama dan hanya perlu diberi amaran sahaja.
Ada yang menyalahkan anak sendiri atau anak orang lain yang menggoda anak mereka. Ada juga ibu bapa berfikiran imej dan nama baik keluarga yang lebih penting untuk dijaga.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close