Lelaki Ini Menyesal Apabila Teman Wanita Yang Direjectnya Dulu Akibat Terlalu Gemuk Kini Berubah Menjadi Cantik.. Pergghh.. Memang CANTIK sungguh...

Lelaki Ini Menyesal Apabila Teman Wanita Yang Direjectnya Dulu Akibat Terlalu Gemuk Kini Berubah Menjadi Cantik

Kisah viral lelaki menyesal tinggalkan kekasih sebab dianggapnya tidak menarik dan gemuk. Kalau dulu kami pernah ceritakan kisah lelaki kacak menerima gadis gemuk sebagai kekasihnya, kini pula kisah yang lain pula. Kami yakin memang semua orang inginkan pasangan yang mempunyai rupa paras yang cantik atau hensem. Tipulah kalau seseorang itu langsung tiada perasaan untuk mahukan pasangan yang cantik/kacak bukan? Walaubagaimanapun, kecantikan atau kekacakan seseorang itu bukannya sesuatu yang kekal dan akan berubah mengikut masa. Ada juga yang dulunya mempunyai rupa yang tidak menarik tetapi beberapa tahun kemudian, dia menjadi semakin cantik dan menarik. Apabila rupa dijadikan ukuran, maka setiap perhubungan pasti tidak akan kekal dan mempunyai ending yang tidak baik.

Ini adalah kisah seorang lelaki menyesal tinggalkan kekasih dan berasa terkilan dengan perbuatannya yang meninggalkan teman wanitanya dua tahun yang lepas. Sebabnya adalah dia sudahpun mempunyai teman wanita baru dan teman wanita lamanya tidak menarik perhatiannya lagi apabila dikatakannya tidak cantik dan menarik akibat terlalu gemuk. Lelaki tersebut bertindak memutuskan hubungan dengan teman wanita lamanya dan bersama dengan teman wanita baru yang merupakan rakan sekelasnya.
 gambar hiasan

Aku dah bercinta dengan girlfriend aku 2 tahun lebih. Hubungan kami renggang selepas kami masing-masing study di tempat lain. Tak tahu kenapa semasa study tu, aku nak ada peneman. Aku bercouple dengan member kelas aku. Aku tinggalkan GF aku yang dah 2 tahun bercinta itu. Lagipun, sekarang dia dah gemuk.  Aku tak pedulikan dia langsung walaupun dia asyik merayu-rayu pada aku. Dugaan untuk aku bila berjauhan. Aku mengikut semua permintaan GF baru aku.
Satu persatu pasal GF lama, aku hapuskan. Beberapa bulan kemudian, GF lama aku mungkin dah fade up. Dia block semua akaun Facebook,WhatsApp, Wechat. Dia terus menghilangkan diri. Mesej yang  terakhir, ‘buat masa ini lebih baik kita jangan berjumpa. Dia kata, ‘kalau kita ada jodoh, kita jumpa lagi,’.
Dah aku couple dengan GF baru ni setahun, aku rasa dia ni sangat melampau. Sangat kebudak-budakan. Dia ingat aku ni hamba dia ke apa? Disebabkan dia, aku buang segala gambar, status, nama GF lama. Dah habis pratikal, aku balik kampung.
Masa tengah jalan-jalan dekat Mall, aku ternampak Girlfriend lama, kurus, dan cantik sangat. Lama dia menyepikan diri. GF aku yang sekarang ni dah jadi gemuk dari dia. Sikit-sikit, maki aku, herdik aku, suruh letak everything about her. Sikit-sikit hina Girlfriend lama aku.
Ya Allah, menyesalnya aku. Aku rasa Girfriend aku yang lama adalah terbaik. Dia sabar, tak pernah berkasar dengan aku. Aku buka akaun Facebook dia guna Facebook kawan. Aku stalk habis-habis Facebook dia.
‘Cantiknya ciptaan Allah’
Dia yang dulunya aku selalu panggil ‘my wife’ sekarang ni dah jadi milik orang lain.
Maafkan saya, awak. Saya nak jumpa awak nak perbetulkan segala-galanya. Awak je yang layak jadi halal buat saya. Ibu bapa kita dah kenal, lagipun memang family kita dah buat perjanjian untuk menyatukan kita. Izinkan saya untuk tebus segalanya.
Saya berharap kita dapat tunaikan perjanjian family kita. Bagi saya ruang untuk kembali. Saya betul-betul menyesal. Saya cuma sunyi dulu bila awak tak ada di depan mata saya. Saya kejam..
Semoga kisah lelaki ini boleh dijadikan pengajaran yang berguna untuk kita semua. Seperti kata orang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian mungkin tidak berguna dan mungkin sudah terlambat. Apabila memilih pasangan, rupa paras yang cantik atau kacak bukanlah segala-galanya dan hargailah orang yang mencintai kita sepenuh hatinya dan jangan mengabaikannya.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close