China - Kebolehan seorang pemandu bas di sini membuat pusingan U di satu jalan yang sempit dipuji oleh netizen di negara itu.
Pemandu bas dari bandar Xingtai, wilayah Hebei itu membuat pusingan U mustahil itu di sebatang jalan yang lebarnya sedikit sahaja lebih dari lebar bas berkenaan.
Difahamkan, pemandu bas itu terpaksa membuat pusingan U selepas jalan yang ingin dilaluinya ditenggelami air akibat hujan lebat.
Video yang merakamkan aksi bas Nombor 6 itu membuat pusingan U menjadi viral di negara terbabit dan mendapat pujian netizen.
Seorang netizen menulis : "WOW, saya tabik pemandu bas ini".
"Sangat pandai! Saya harap dia boleh ajar saya bagaimana nak memandu seperti itu", tulis seorang netizen lagi. - Siakapkeli.my
"Sangat pandai! Saya harap dia boleh ajar saya bagaimana nak memandu seperti itu", tulis seorang netizen lagi. - Siakapkeli.my
**jaga-jaga, video patah tengkuk
Sumber : http://shanghaiist.com