Uish,,,,,Video Mesra Dengan Suami Adira Terdedah !! Ruhainis Rasa Dirinya Diperangkap. Emm,,Betul Ke Ni??


Gara-gara video mesra ketika keluar bersama dengan suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu terdedah kepada umum, Ruhainies berasa dirinya seperti diperangkap oleh individu yang sengaja mahu menyebarkan video itu. Beliau pada masa yang sama turut menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk Red, tetapi mengaku pernah bertemu dengannya atas urusan kerja.
“Ya, itu memang saya dan kami memang ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain. Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun bila ianya telah berlaku”

“Saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah. Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk mengambil gambar kami untuk menampakkan seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum”
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai dakwaan Ruhainies yang mengatakan video itu sengaja diambil oleh orang upahan Datuk Red ketika beliau memegang pinggannya, Datuk Red menepis dakwaan itu namun tidak menolak kemungkinan ingin berkawan dengan lebih dekat dengan pelakon itu, mahupun mengambilnya sebagai calon isteri yang ketiga.
“Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi. Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut ‘angin’ dia dahulu,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.
Terdahulu, penyanyi terkenal, Adira telah berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri yang kedua di Songkhla, Thailand pada tahun 2015 lalu dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Namun apa yang menarik perhatian, semua gambar Adira bersama suaminya itu telah dipadamkan di akaun instagram beliau tanpa diketahui punca yang sebenar. 

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close