Pelakon baru Popular, Ruhainies merasakan dirinya telah diperangkap keran videonya keluar bersama suami Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu didedahkan.
Ruhainies atau nama sebenarnya adalah Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata, dia mengaku bahawa ada keluar bersama ahli perniagaan itu (Suami Adira) pada khamis lalu di sekitar pusat beli belah Bukit Bintang selepas dipelawa oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.....
"Ya, itu memang saya, kami ada berjumpa pada hari Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik saya, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain...
"Namun demi Allah, kami tiada hubungan istimewa seperti yang diviralkan di Media Sosial, dia mahu berjumpa saya hanya sekadar berbincang tentang tawaran kerja, cuma saya rasa telah seperti diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun ianya berlaku dan kenapa ada orang merakamkannya jika bukan tujuan untuk perangkap," ujarnya kepada mStar Online...
Sebelum ini, Adira dan suaminya Adnan mengejutkan media apabila mendakwa sudah berkahwin di Songkla Thailand Disember lalu.
Ruhainies dihubungi bagi mengesahkan gambar dan video yang diterima mStar Online pada Jumaat membabitkan dia dan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi. Video berkenaan disiarkan di mStar Online.
Menerusi video tersebut kedua-dua mereka kelihatan mesra sehingga mencetuskan tanda tanya hubungan berkenaan.
Ruhainies berkata, mereka sebelum ini pernah diberi peluang bekerjasaman bagi menjayakan sebuah video kormersial sempena Hari Raya Aidilfitri lalu untuk syarikat milik usahawan itu...
"Ramadan lalu saya ada ditawarkan berlakon untuk video kormersial iklan Hari Raya Aidilfitri syarikat dia selepas itu kami ada berbuka puasa dengan Datuk dan isteri pertamanya...
"Selepas daripada projek itu saya langsung tidak berhubung cuma dia sahaja yang kerap bermesej ajak keluar. Secara jujur saya menolak keras dan memaklumkan kepadanya yang saya tidak melayan hal tidak berkaitan kerja.
"Sehingga pada Khamis saya setuju berjumpa dengannya kerana semata-mata dia beritahu untuk berbincang tentang satu projek lain," ujarnya lagi...
Ruhainies berkata, dia berasa teramat kesal apabila menjadi mangsa dan terperangkap dalam rancangan lelaki berkenaan....
Katanya, dia tidak tahu niat sebenar suami Adira, Adnan yang cuba meraih populariti dengan mencetuskan kontroversi murahan...
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak ada hubungan istimewa dengannya dan saya seperti diperangkap dan 'terpaku sendiri' oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah.
"Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk ambil gambar kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum," ujarnya.