"Saya Dan Ruhainies DAH BINCANG, Sekarang TERSERAH PADA SUAMI..Saya REDHA"!! Adira NEKAD BUAT KEPUTUSAN MENGEJUTKAN Keluarga Dan Peminat


KUALA LUMPUR : Penyanyi Adira Suhaimi, 25, enggan mengulas lanjut mengenai penyebaran video suaminya, Datuk Seri Adnan Abu bersama pelakon Ruhainies yang menjadi viral di sosial media semalam. 

Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi meminta semua pihak menghormati privasi rumahtangga dan memberi ruang buat dia sekeluarga. 

"Benar saya sudah dimaklumkan mengenai video tersebut namun memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung perihal itu. "Saya berharap agar semua pihak memberi ruang dan memahami situasi saya. Hal rumahtangga terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum pada ketika ini. 

"Saya sudah menghubungi Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan dan tidak timbul rasa marah terhadap beliau. Biarlah suami saya menyelesaikan kemelut ini sendiri bersama Ruhainies. Apa sekali pun yang terjadi, saya reda," katanya kepada BH Online. 

Ruhainies mengesahkan gambar dan video viral di sosial media pada Jumaat membabitkan dirinya dan suami Adira. Menerusi video tersebut kedua-dua mereka kelihatan mesra sehingga mencetuskan tanda tanya hubungan berkenaan. 

Ruhainies turut memaklumkan mereka sebelum ini pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video kormersial sempena Hari Raya Aidilfitri lalu untuk syarikat milik usahawan itu. 

Adira yang juga naib juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu sebelum ini mengaku bernikah dengan Adnan di Songkhla, Thailand, Disember tahun lalu

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close