Sari Yanti- “Belum Ada Rakan Artis Yang Ajak Kahwin”


Mengakui pernah menerima gurauan daripada teman artis lelaki yang mengajaknya untuk berkahwin sebelum ini, namun Sari Yanti menjelaskan bahawa perkara itu tidaklah serius. Pada masa yang sama, beliau turut menafikan dakwaan mengatakan beberapa artis lelaki cuba mendekatinya sejak penceraiannya pada tahun 2014.
“Didekati dengan tujuan tertentu tidak ada dan setakat ini tiada pula ada yang mencuba sampai melamar untuk berkahwin. Tetapi usik-usik itu adalah dan saya tidak anggap ia serius pun kerana ia hanya gurauan. Saya pun kadang-kadang balas juga gurauan mereka itu kerana kami saling mengenali dan tidak mahu dituduh sebagai sombong pula”
“Saya sendiri dah pernah melalui alam perkahwinan dahulu dan mempunyai dua orang anak, jadi soal kahwin semula tidak terlalu menjadi fokus utama saya. Tetapi tidak sampai saya menutup hati untuk kahwin lain cuma belum bertemu dengan yang berkenan di hati,” katanya kepada m Star Online mengenai persediaan dirinya untuk berkahwin sekali lagi.
Bagaimanapun beliau tidak pernah merasa tertekan walaupun terpaksa hidup bersendirian menyara keluaranya kerana fokusnya pada ketika ini adalah kepada dua cahaya matanya. Tambahnya, walaupun pernah sesekali terfikir soal kahwin lagi, namun ianya sekadar itu sahaja dan akhirnya beliau tetap fokus pada kerjaya seninya yang padat

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close