Setelah sekian lama berdolak dalih dengan pihak media malah pernah menafikan dakwaan bahawa mereka bercinta, akhirnya pelakon Amar Baharin dan juga Amyra Rosli memberitahu bahawa mereka akan mendirikan rumahtangga pada 11 November ini.
Berita gembira buat peminat Amar dan juga Amyra ini telah diumumkan melalui Hlive dan akan mengadakan majlis pertunangan pada 22 Julai ini. Menurut Amyra, majlis merisik telah pun dilakukan pada tahun lepas (2015) ketika raya haji.
“Kami akan bersanding pada sehari selepas nikah iaitu 12 November 2016 (sebelah Amyra) dan 19 November di sebelah Amar,” kata Amar selain menjelaskan bahawa lokasi pernikahan dan resepsi masih lagi dalam perbincangan.