Dato’ Lee Chong Wei nama yang tidak asing lagi dalam dunia badminton. Bukan sahaja di kenali di Malaysia, malah di persada dunia.
Di dalam gelanggang, beliau tidak mengenal erti kekalahan dan memenangi pelbagai kejuaraan untuk Malaysia. Apa yang pasti, hasil dari titik peluhnya, hadiah wang lumayan menjadi miliknya.
Manakala di luar gelanggang, beliau diminati oleh syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.