TERKINI..Malang Tak berbau... Apabila sebuah lori Belok tak lepas, terbabas, terbalik.. Ini komen SAKSI yang melihat AKSI ngeri semasa KEJADIAN..NGERI BEB...

Langkawi: Penunggang maut manakala pemandu cedera selepas kenderaan mereka dihempap lori pasir yang terbalik di Kampung Titi Cangwang, di sini, hari ini.
Muhammad Redzuan Khazali, 26, dari Kampung Lubok Setul, maut di tempat kejadian dipercayai lemas selepas tertimbus pasir, dalam kejadian 1.25 petang.
Pemandu, Saidon Ali, 62, pula hanya calar di jari tangan kiri dan lengan kanan.
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila lori pasir dari Simpang Kenyum cuba membelok ke Padang Matsirat.
Katanya, lori itu kemudian terbabas dan terbalik menghempap motosikal dan kereta yang berhenti di lampu isyarat.
"Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat manakala pemandu menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama," katanya ketika dihubungi.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yaakob Hassan, berkata bomba ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.26 petang.
Menurutnya, empat jentera termasuk sebuah jentera EMRS berserta 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Ayer Hangat dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba, anggota mendapati lori yang sarat dengan muatan pasir terbalik dan menghempap motosikal dan kereta.
"Dalam kejadian itu, penunggang motosikal tertimbus dalam pasir, manakala pemandu kereta yang turut dihempap lori hanya cedera," katanya.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close