Khabar angin mengatakan pelakon Adi Putra sudah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun kini bertiup kencang. Wanita tersebut dikatakan rakan kongsi perniagaan beliau sejak setahun lalu.
Dihimpit dengan pelbagai persoalan,isteri Adi Putra iaitu Aida Yusof juga enggan memberikan komen lanjut mengenai isu ini.
Terbaru, individu yang didakwa sebagai bekas suami kepada isteri kedua Adi itu dikatakan telah meluahkan perasaan di laman Facebook miliknya.
Menerusi luahannya itu, bekas isterinya itu telah nekad meninggalkan beliau untuk bersama Adi Putra yang dipercayai dapat membimbing beliau ke jalan yang lebih baik.
Berikut luahan individu berkenaan :-
Malah, individu yang sama juga turut memua naik sebuah foto dengan nukilan luahan hati di bahagian “visitor posts” di fanpage Adi Putra.
Sehingga kini Adi Putra masih tidak dapat dihubungi oleh pihak media yang ingin mengetahui sejauh mana kebenaran gosip hangat ini.