Apa Jua Kesalahan Isteri...Kalau Dah Tak Larat Nak Didik Lepaskan Elok Elok...Jangan Nak "Melanyak" Isteri Macam "Punching Beg"

MACAM "PUNCHING BEG"
Bukan aku saja-saja nak cerita bab suami isteri. Dua hari yang lalu, aku balik dari berjumpa dengan teman aku. Kira-kira jam 11 malam sampai di rumah, aku terdengar suara perempuan menangis. Aku bukan nak cerita tentang hantu.
Kemudian terdengar bunyi hentakan yang agak kuat.
"Bukk! Bukk!
Aku jenis yang kepoh sikit. Bila aku jengah, aku nampak jiran aku sedang dipukul dengan helmet oleh suaminya di bahagian belakang badan. 
"Ya Tuhan!"
Keringat jantan aku deras mengalir keluar. Agaknya darah pendekar pun seakan kerasukan meminta aku bertukar. Pencak anak jantan aku seakan menyeru untuk membukal angkah. Namun satu tangan dari belakang menepuk bahu aku seakan menyuruh aku tunggu dan lihat. 
"Sakitlah wei! Sakitlah babi!" jerit isterinya sambil menangis teresak-esak.
Aku berdua terus maju sehingga berada di hadapan rumahnya sambil sengaja aku berbatuk mematikan pandangan tajam aku pada suaminya. Suaminya seakan faham dan berhenti memukul dan mengarahkan isterinya masuk. Kemudian kami beredar. 
Mereka kerap bergaduh, cuma aku tidak pernah nampak isterinya dipukul seteruk itu. Polis pun sudah beberapa kali datang ke rumah itu. Namun aku pun tidak tahu apa penyelesaiannya.
Sebab itu, nampak tak apa yang perempuan itu maki apabila dia dipukul oleh suaminya?
"Babi" dan "Bodoh"
Aku tak menyalahkan isterinya sebab siapa yang tahan kalau kena pukul dengan helmet? Ditambah pula dengan kekuatan kudrat lelaki, boleh meninggal dibuatnya.
Kau jadi lelaki, suami, kau buatlah seperti itu pada isteri dengan alasan nak mendidik.
"Kepala bana!"
Pokok, kau tahu kan pokok? Kalau kau maki hari-hari, selepas seminggu dia boleh layu dan mati. Kucing, jinak kan? Tak payah kau pukul, kau jerkah dia hari-hari pun dia tak ingin duduk dengan kau. Itu binatang, ini orang tahu? Isteri kau sendiri. 
Apa jua kesalahan isteri, kalau kau dah tak larat nak didik, lepaskan elok-elok. Islam tak mengajar kau melanyak isteri seperti punching beg. Tegur tak jalan, asingkanlah tempat tidur. Bukankah nabi sudah ajar. Tak semestinya asingkan tempat tidur saja, maksud nabi, buatlah satu perkara yang kita biasa buat tetapi tiba-tiba pada hari itu kita tidak buat. 
Zaman Nabi S.A.W, kalau asing tempat tidur ini sudah dikira sebagai hukuman berat. Tetapi di zaman ini isteri kau buat tak tahu saja. Jadi, kau boleh cuba tak perlu makan di luar rumah ke atau kau buatlah apa-apa pun seperti menyindir dia ke. 
Jangan lanyak isteri kau seperti itu. Kau dayus! Dia jadi seperti itu pun sebab kau. Kau kan ketua keluarga, jadi bimbinglah dia. Kahwin nak, jaga dan didik isteri tak nak pula. Sebab itu kalau dah tak boleh sangat, Islam anjurkan satu jalan keluar, jalan yang halal walaupun Allah benci. Namun tidak berdosa sebab ianya halal iaitu talak. 
Dulu semasa menghadiri kursus kahwin, pasti ada diajar. Pukul isteri akan membuatkan mereka berdendam. Maki hamun isteri akan membuatkan mereka menjadi kepala batu. Selepas itu nak harap isteri mendidik anak dengan lemah lembut? Jangan haraplah! 
Sudahlah tertekan dengan jiwa dan raganya diseksa, anak-anak pun akan menjadi mangsa. Akhirnya, semua akan menjadi huru hara. Kalau satu keluarga tak apa. Kalau terkena pada 10 keluarga? 100 keluarga? 1,000 keluarga? Maka huru haralah satu negara. Dan rahmah Allah pun makin jadi. Jadi semua bermula dari siapa? Suamilah. 
Jadi, sesiapa yang ada isteri kepala batu, cuba tengok-tengok balik ye. Termasuklah aku sendiri. - Abu Hannah


facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close