Mayat Ditemui Di Dalam Parit Tanpa Sebarang Dokumen





LUMUT - Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui di dalam sebuah parit di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Manjung di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, mayat mangsa ditemui terbaring di dalam parit berkenaan oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Katanya, lelaki berumur 50 tahun itu dipercayai terjatuh dari tebing berhampiran parit berkenaan.
"Kita tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa dan tiada kesan kecederaan pada anggota badan mangsa.
"Kematian mangsa juga tiada unsur jenayah dan bedah siasat di Hospital Seri Manjung mendapati mangsa meninggal disebabkan lemas di dalam air," katanya ketika dihubungi hari ini

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close