(TIPS VIRAL) - 8 Petua Kulit Cantik Yang Nenek Moyang Kita Rahsiakan... No 4 tu ada ka yang berani buat??


Nak tahu apa rahsia yang nenek kita simpan dari kita untuk dapatkan kulit cantik? Berikut adalah 8 petua kulit cantik yang perlu anda tahu.

1. Timun

Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan anda cukup tidur ya?), mengecilkan rongga kulit dan merawat sunburn. Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram.
Cara guna: Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata.

2. Teh Hijau 

Anda suka minum teh? Pernah cuba teh hijau?
Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang lak uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda.
Cara guna: Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit ( jangan lah letak uncang teh panas-panas tu di mata pulak. Tak pasal-pasal lak terbakor mata tu hehehe). Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.

3. Air beras

Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh beras?
Air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan proses penuaan. Ini adalah tip kecantikan klasik geishas di Jepun.
Cara guna: Ambil kapas dan rendamkan dalam air berus dan sapu kapas ke muka sebagai toner atau pelembab wajah. Itu aje. Senang kan?

4.Kunyit

Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik dan scrub muka.
Cara guna: Hanya serbuk kunyit dengan susu dan sapu dibahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu. Karang tak pasal-pasal jadi macam alien warna kuning hehehe.

5. Arang

Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.
Cara guna: Caranya mudah aje. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari ( jangan makan tau).
Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.

6. Minyak kelapa

Dulu-dulu nenek kita selalu buat minyak kelapa sendiri kan ? Selain untuk memasak minyak kelapa ini sangat best untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan gatal-gatal, minyak kelapa juga boleh digunakan.
Cara guna: Hanya sapu pada rambut dan kulit yang bermasalah. Siapa yang dah memang kulit berminyak jangan nak try lak ya. Karang ada yang digelar wanita minyak hehehe.

7. Oat

Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.
Cara guna: Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran: Jangan buat masa lapar nanti oat tu masuk mulut lak.

8. Lidah buaya atau Aloa Vera


Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.
Cara guna: Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. murah dan sangat mudah

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close