(KINI VIRAL) - Video Dipukul Kerana Rebut Anak, "Saya Cuba Melindungi Keselamatan Anak Kandung Saya" - Adli Effendy

Video Dipukul Kerana Rebut Anak, "Saya Cuba Melindungi Keselamatan Anak Kandung Saya" - Adli Effendy



Sudah pasti ramai sudah melihat sebuah video viral di mana seorang lelaki dipukul oleh beberapa orang lelaki lain selepas cuba bergelut mendapatkan berapa orang kanak-kanak di dalam sebuah kereta bewarna hitam.
Lelaki berkenaan ialah Encik Adli Z Effendy yang merupakan seorang bekas kakitangan penyiaran sebuah televisyen swasta di mana kanak-kanak perempuan di dalam kereta berkenaan adalah anak.
Admin akan muatnaik penjelasan daripada pihak En Adli di mana beliau telah menceritakan apa yang terjadi sebenarnya.
Jom kita baca.
Ramai pihak menyalahkan saya kerana kononnya dengan sengaja melanggar perintah mahkamah yang sebelum ini berpihak kepada ibu Amanda, F***h N*** binti *** *** N****** (Mummy).

Di sini saya kongsikan penerangan ringkas & dokumen yang bakal saya bentangkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis ini 29/9/2016 untuk permohonan menukar hak penjagaan(hadhanah).

Untuk pengetahuan tuan/puan, saya kini mempunyai 3 ORANG ANAK termasuk Amanda. Jadi tiada isu untuk saya berebut anak tetapi saya bertindak MELINDUNGI ANAK INI atas alasan tertentu.
Pada Jumaat, 19/8/2016 tiba giliran saya mengambil anak kami, Amanda Nerissa untuk bermalam. Mengikut perjanjian perintah yang dibuat sebelum ini, penggiliran dibuat dengan 2 minggu bersama Mummy & selepas itu 5 hari bersama Ayah.

Oleh kerana Amanda kini sudah bersekolah, saya abaikan perintah itu dengan membiarkan dia 2 minggu bersama Mummy manakala saya hanya ambil (3 hari sahaja) pada Jumaat tengahari selepas sekolah, Sabtu & Ahad.

Pada Isnin 7:15 pagi saya hantar terus ke sekolahnya di Bandar Utama. Saya tinggal di Rawang, oleh itu jarak rumah saya dengan sekolahnya di Bandar Utama agak jauh untuk saya hantar & ambil pada hari persekolahan biasa.

Oleh itu saya korbankan 2 hari lagi tempoh hak bermalam bersama saya itu demi memudahkan kehadirannya ke sekolah. Biar Mummy & suami barunya, Akmal Asraf (Abi) yang hantar & ambil dari sekolah memandangkan mereka berkerja di TV3 Bandar Utama.

Jumaat, 19/8/2016 itu Amanda nampak lain dari kebiasaan. Saya tanya kenapa? Jelas Amanda,

  “Abi & Mummy gaduh lagi, diorg gaduh pastu panggil puk*****, b*** & s***!” 

Rasa nak luruh jantung saya apabila anak yang baru berusia 7 tahun dah tahu menyebut perkataan lucah sebegitu.



Amanda menegaskan dia tak mahu balik kali ini kerana takut! Jadi sebagai ayah, saya ambil keputusan untuk MELINDUNGI KESELAMATAN ANAK KANDUNG SAYA.

Pada Khamis, 29/9/2016 ini saya akan menghadiri majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dimana perbincangan terus dgn Mummy Amanda akan dibuat bagi memindahkan hak penjagaannya.

Ini SEBAHAGIAN dokumen yang bakal saya bentangkan. Jika peringkat Sulh gagal, prosiding mahkamah akan bermula dan biasanya akan mengambil masa 6-9 bulan untuk selesai.

Andai tuan/puan merasa saya & ibu tirinya layak diberikan hak penjagaan PENUH, mohon berikan TESTIMONI diruangan KOMEN atau LIKE status ini untuk menyokong permohonan saya nanti. Jika selesai di sulh, mudah bagi saya membuat proses penukaran sekolah & menyelesaikan segala karenah birokrasi demi persekolahan Amanda.

Jasa baik tuan puan saya dahului dengan ucapan JUTAAN terima kasih! #DemiAmanda Tolonglah…

Berikut adalah perbualan dia dengan bekas isterinya.






Pengakuan amanda apabila diberitahu dia dan adik-adik akan dihantar kepada ibunya. 
Apapun kita harapkan kes ini dapat diselesaikan secara baik, artikel ini adalah hanya daripada sebelah pihak, kita akan tunggu penjelasan daripada pihak mummy Amanda pula. -Siakapkeli.my

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close