(GEMPAR TRENDING) - PENUMPANG AIR ASIA TERKEJUT BESAR ...KAPTEN INGATKAN SEBUTIR BOOM RUPANYA ''VIBRATOR ALAT PEMUAS NAFSU'' TERCETUSNYA PANIK DIDALAM KAPAL SEHINGGA TERBENGKALAI PERNERBANGAN

PENUMPANG AIR ASIA TERKEJUT BESAR ...KAPTEN INGATKAN SEBUTIR BOOM RUPANYA ''VIBRATOR ALAT PEMUAS NAFSU'' TERCETUSNYA PANIK DIDALAM KAPAL SEHINGGA TERBENGKALAI PERNERBANGAN

Kegemparan kejadian “keganasan” itu berlaku apabila kakitangan AirAsia terdengar bunyi bising dan perasan sesuatu bergerak di dalam sebuah beg hijau yang dimasukkan ke dalam pesawat
CHIANG MAI: Sebuah alat mainan seks “vibrator” yang berbunyi disangka bom berdetik dalam beg seorang penumpang AirAsia, sehingga mencetuskan panik dan memaksa kakitangan syarikat menghubungi pemusnah bom.
Kejadian itu mengakibatkan pesawat itu tidak dibenarkan berlepas, menyebabkan kelewatan 5 minit.
Kegemparan kejadian “keganasan” itu berlaku apabila kakitangan AirAsia terdengar bunyi bising dan perasan sesuatu bergerak di dalam sebuah beg hijau yang dimasukkan ke dalam pesawat, lapor akhbar Britain, Daily Star.
Kakitangan berkenaan serta-merta menghubungi pakar pemusnah bom untuk memeriksa kemungkinan ada bahan letupan di dalam beg itu.
Pasukan pemusnah bom bagaimanapun lega apabila menemui “vibrator” berwarna perak berbentuk peluru di dalam beg berkenaan, yang kebetulan suisnya dinyalakan.
Seorang pengendali bagasi yang mengambil gambar alat itu yang enggan dikenali memberitahu: “Kami nampak beg itu bergerak dan ada bunyi bising dari bahagian dalamnya.”
“Kami agak takut kerana ia mungkin bom atau bahan letupan lain. Tetapi bila pasukan pemusnah bom tiba mereka buka beg itu dan ia hanya mainan seks.”
Katanya, penumpang yang memiliki vibrator itu tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu dan berkata: “Saya rasa mereka akan sangat malu jika dapat tahu.”
Mengulas mengenai kejadian itu, seorang jurucakap AirAsia dilaporkan Daily Star sebagai berkata: “Bila diperiksa, pegawai menemui mainan seks. Mereka tidak merampas barang itu kerana ia tidak mengancam keselamatan penerbangan,” katanya.
Pesawat AirAsia FD3438 itu kemudian berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai ke Don Mueang di Bangkok pada 8.30 malam tanpa insiden “keganasan” lain.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close