TANPA SOLEKAN, SONG JI HYO AKUI TAK RASA DIRINYA CANTIK



Pelakon dan juga anggota Running Man, Song Ji Hyo tidak merasakan dirinya cantik tanpa mengenakan solekan pada wajahnya.

“Saya tak rasa diri saya cantik, lebih-lebih lagi jika saya tak memakai sebarang ‘make up’ dan hanya berwajah polos seperti dalam Running Man.

“Sebenarnya, saya boleh rasa wajah saya berbeza apabila mengenakan solekan ataupun tidak.

“Tapi tak kisahlah, sebab ini adalah diri saya dan saya lebih selesa dengan wajah yang tanpa solekan.

“Saya seorang yang pentingkan keselesaan diri daripada nak fikirkan tentang kecantikan saja. Kalau cantik tapi tak selesa pun tak seronok juga,” katanya menerusi satu temubual bersama media di Hong Kong baru-baru ini.

Dalam pada itu, satu-satunya anggota wanita dalam Running Man ini juga turut berkongsi cara penjagaan wajahnya.

“Semakin usia bertambah, saya mula fikirkan tentang penjagaan wajah. Bagi saya apa yang paling penting sekali adalah tidur yang cukup.

“Jika kurang waktu tidur, kulit muka kita akan nampak kusam dan wajah juga tidak ceria, selain itu saya juga akan pastikan saya mencuci muka dengan bersih sebelum sapukan sebarang produk penjagaan wajah,” jelasnya.

Terdahulu, Song Ji Hyo merupakan antara selebriti Korea yang dilabelkan sebagai ratu tanpa solekan kerana wajahnya sentiasa kelihatan cantik dan berseri walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek.

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close