GEMPAR.. Rupanya Ini Punca Sebenar Pengantin Perempuan Dicerai Talak 3 Tak Sampai Setengah Jam Selepas Akad Terjawab !!



Punca Sebenar Pengantin Perempuan Dicerai Talak 3 Tak Sampai Setengah Jam Selepas Akad Terjawab !!
Heboh berkenaan Isu duit hantaran tak cukup, masih lagi panas dan menjadi bahan bualan netizen sampai ke hari ni.. Miss pun masih ingat dengan jelas lagi pasal perkara tu, mana taknya dua keluarga bergaduh sakan sampai bertumbuk bagai kat masjid.. So, tak menghairankan lah kalau perkara tu masih menjadi bahan bualan, betul tak??
Terbaru, Miss ada terbaca cerita menarik yang diceritakan oleh seorang photographer wedding, yang dikenali Boil Amani Hashim berdasarkan nama Facebooknya.. Kalau dah nama photographer wedding, cerita yang diceritakan tu mesti berkaitan pasangan berkahwin, betul tak??
Berdasarkan ceritanya, berlaku kejadian yang mengejutkan selepas satu majlis akad nikah yang beliau hadiri.. Ini terjadi pada satu pasangan yang baru jer bernikah setengah jam.. Al-kisahnya bermula, masa pasangan tu nak akad nikah lah, hantaran kahwin mak bapak perempuan tu letak RM22,222.22.. Huh, mahal nak mampos, tapi si lelaki setuju jer.. Lagipun si lelaki tu pun jenis orang kaya juga.. Setakat 20k tu, tak ada masalah lah noh!
Sebelum majlis akad nikah, semuanya masih berjalan dengan lancar, sebaik saje si lelaki dah selesai acara akad nikah dengan sekali nafas jer.. Hantaran pun dah bertukar tangan, begitu jugak mas kahwin.. Masa si lelaki nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara pihak pengantin perempuan bikin kecoh dan menjerit kata duit hantaran tak cukup seribu ni..
Amboi! Kalau pasal duit jer, dah tak boleh nak sabar-sabar nak tunggu noh.. Terus menjerit tanpa menghormati pihak lelaki! Tak beradab langsung! Keluarga pihak pengantin perempuan pun jenis mata duitan, termasuk lah pengantin perempuan tu sekali..
Yela, pengantin perempuan dengar jer duit hantaran tak cukup, terus bangun dari tempat duduk dan tinggikan suara kat pengantin lelaki, tanya kenapa tak cukup seribu.. Terlebih kurang ajar tu, pihak pengantin perempuan siap perli kata ‘kalau dah tahu duit tak cukup, tapi gatal nak kahwin kenapa?’..
Ish! Ish! Kenapa lah perangai pengantin dan pihak perempuan tu teruk sangat, hah?? Korang nak tahu apa jadi lepas tu?? Pengantin lelaki bangun dan mengambil mic, lepas tu dia cakap..
“Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ni.. Saje saya tak cukupkan seribu, sebab nak tengok korang macam mana.. Ada jer saya bawa duit yang tak cukup tu..” sambil buka beg yang dalam tu ada berkepok-kepok duit RM50 dan RM100.
“Tak apa lah… Alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya.. Saya ceraikan awak dengan talak 3.. Assalamualaikum..” Kata lelaki tu dan kemudian beredar dari situ terus.
Hah, padan muka! Baru jadi suami isteri tak sampai setengah jam, terus kena cerai talak 3! Tapi tu salah siapa?? Salah pengantin dan pihak perempuan yang tamak haloba lah.. Itu lah padahnya, kalau berkahwin kerana harta dan duit semata-mata! Tak ada berkat wei!!

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close