Ehem...Wanita Wanita Dekat Luar Sana Tuu..Baca ni...Aizat Amdan Akui Sudah Tiba Masa Cari Teman Hidup !!



Penyanyi Aizat Amdan, memberitahu sudah tiba masanya untuk mencari pasangan untuk dijadikan seorang isteri dalam kehidupannya. Dia menyedari hakikat ini kerana usianya yang telah menjangkau 27 tahun. Bagaimanapun, dia mengakui masih solo lagi.
“Masa dulu mungkin tak cukup matang sekarang sudah berusia 27 tahun saya mula berfikir dan belajar,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Muzik Video SAFI & Aizat Amdan Bersama Kelahiran Baharu Teknologi DUO Emas 24K.

Tambahnya lagi, sekiranya sudah berjumpa dengan calon yang sesuai untuk dijadikan isteri dia akan terus melamar dan seterusnya berkahwin. Aizat turut berkata, ayahnya sendiri sudah menyuarakan hasrat untuknya berkahwin menjelang usianya yang ke-30.
“Ayah saya suruh kahwin ketika usia ke-30 kalau boleh. Tapi saya taklah sampai berasa tertekan. Kalau ada saya akan kahwin,” katanya yang seakan-akan sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya. 

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close