Kenapa Mak Mah Kini Sudah Menjadi Penoreh Getah...??



Sudah hampir dua tahun menjalani kehidupan baru bersama suami iaitu peneroka Felda, Al Fatah Rahim Ismail.. Pelakon veteran Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah sudah pun bergelar penoreh getah.. Mak Mah akui tak kisah digelar penoreh getah dan cukup mahir menoreh..

Mak Mah usaha untuk belajar menorah getah dengan suami sehingga mahir sebab nak temankan suami setiap pagi pegi ke kebun getah.. Suami keluar seawal 6.30 pagi dan balik kira-kira pukul 9 pagi.. Mak Mah tak nak habiskan masa seorang diri di rumah, usaha belajar menoreh..

Pelakon veteren itu kongsikan pengalaman bergelar penoreh getah.. Mak Mah perlu belajar hampir seminggu baru mahir untuk menoreh.. Pada awalnya Mak Mah belajar menoreh tapi masih tak pandai-pandai buatkan Mak Mah menangis..

Berkahwin sudah hampir dua tahun dengan suami, Mak Mah akui hidup sangat bahagia.. Suami juga merupakan seorang lelaki yang sangat bertanggunjawab, sepanjang bernikah Mak Mah tak perlu fikir soal duit.. Semuanya suami Mak Mah yang sediakan, dan suami tak pernah izinkan Mak Mah untuk keluarkan duit sendiri..

Walaupun sudah bergelar penoreh getah, kerjaya Mak Mah sebagai pelakon masih berjalan seperti biasa.. Tak bermakna  Mak Mah akan berhenti terus dari terima tawaran berlakon.. Berlakon sudah menjadi darah daging Mak Mah.. Antara alasan Mak Mah tak sampai hati nak tolak tawaran lakonan adalah sebab tak ramai pelakon yang boleh bawa watak nenek..

Apapun, setiap lakonan Mak Mah dalam filem atau drama memang memberi kesan di hati penonton.. Terumatanya kalau Mak Mah bawa watak nenek kebayan atau seram.. Semoga kehidupan Mak Mah dan suami berkekalan sehingga ke akhir hayat.


facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close